Pantun: Kata Dan Bunyi Membentuk Makna

Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Pilihan kata yang tepat akan memberikan makna yang hebat. Oleh sebab pantun adalah hasil komunikasi bersemuka, maka pantun yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asmiaty Amat
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39321/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39321/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39321/
https://doi.org/10.51200/manu.v35i1.5174
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Pilihan kata yang tepat akan memberikan makna yang hebat. Oleh sebab pantun adalah hasil komunikasi bersemuka, maka pantun yang dilontarkan harus bijaksana, halus dan berkias. Dalam kespontanan inilah kecekapan dalam memilih perkataan yang tepat sangat dituntut agar kelangsungan pembicara tidak dianggap biadab, bebal atau mengguris perasaan si penerima. Menerusi pantun, sindiran, kritikan dan teguran disuguhkan secara halus tersirat namun dapat dimengertikan dalam konteks sesuatu situasi. Artikel ini cuba melihat pantun sebagai hasil kreativiti seni berbahasa yang lahir daripada budaya kelisanan. Ia turut meneliti bagaimana pilihan kata dan makna yang terbentuk daripadanya mempengaruhi bentuk, struktur dan pemikiran pantun. Melalui penggunaan data-data pantun tradisional, koleksi pantun yang dianggap paling hampir dengan situasi masyarakat pratulisan dan pramoden dipilih sebagai korpus analisis. Contohnya, pantun dari teks-teks lisan (Brunei) selain daripada koleksi penutur-penutur sastera lisan seperti Himpunan Pantun Karya Agung Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001), Koleksi Hamilton (1959), Koleksi Pantun Melayu oleh Wilkinson dan Winstedt (1961). Data dianalisis secara tekstual dengan berpedomankan etnolinguistik sebagai satu kaedah memahami makna menerusi budaya penutur. Dapatan memperlihatkan betapa pemilihan kata dalam pantun yang dihasilkan jelas mempersatukan antara ritma dan makna bagi menjadikan pantun memiliki nilai yang hebat.