Cabaran melaksanakan pembelajaran dalam talian oleh penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat hari ini. Setiap negara termasuk Malaysia telah mengambil langkah awal untuk mencegah penularan ini dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai sektor termasuk institusi pengaj...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Academic Inspired Network
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38367/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38367/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38367/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat hari ini. Setiap negara termasuk Malaysia telah mengambil langkah awal untuk mencegah penularan ini dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai sektor termasuk institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran konvensional tidak boleh dilakukan seperti biasa dan telah dijalankan secara dalam talian. Dalam konteks ini, teknologi maklumat dan komunikasi adalah penting bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran pelaksanaan pembelajaran dalam talian oleh pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi yang diambil untuk mengatasinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana temu bual dijalankan secara dalam talian, melibatkan 10 pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang yang berbeza. Hasil kajian mendapati pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar ini termasuklah peranti elektronik, kebolehcapaian internet, kemahiran digital, persekitaran hidup dan motivasi diri. Untuk mengatasi cabaran ini, pelajar ini mengambil langkah seperti mendapatkan perkhidmatan sokongan, meminjam peranti elektronik, mencari persekitaran yang kondusif, meningkatkan kemahiran digital dan menambah baik pengurusan masa. |
---|