Reka bentuk grafik papan iklan di Tawau

Papan iklan merupakan salah satu medium yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk mempromosi produk mereka. Namun, terdapat isu yang boleh membantutkan kemenjadian papan iklan sebagai medium periklanan. Pada masa kini, pengkaji melihat bahawa terdapat satu senario yang wujud dalam proses penghasil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asia lawang
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38028/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38028/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38028/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Papan iklan merupakan salah satu medium yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk mempromosi produk mereka. Namun, terdapat isu yang boleh membantutkan kemenjadian papan iklan sebagai medium periklanan. Pada masa kini, pengkaji melihat bahawa terdapat satu senario yang wujud dalam proses penghasilan papan iklan. Tidak terdapat titik standard dalam setiap penghasilan papan iklan di Tawau. Ada sesetengah pereka yang kurang mahir dalam bidang reka bentuk grafik. Selain itu, pereka papan iklan terikat dengan kehendak sesebuah syarikat. Masalah timbul apabila pihak syarikat yang menempah papan iklan lebih mementing komersial dan penonjolan identiti syarikat tanpa mengambil kira pandangan pereka. Tesis ini merupakan satu analisis tentang reka bentuk grafik papan iklan atau billboard di Sabah. Papan iklan yang dikaji merupakan papan iklan perniagaan yang berada di daerah Tawau. Persoalan yang ingin dikupas oleh pengkaji iaitu apakah aplikasi reka letak, warna dan tipografi yang diaplikasi pada papan iklan perniagaan di Tawau? Apakah kriteria pemilihan reka letak, warna dan tipografi yang terdapat pada papan iklan perniagaan di Tawau? dan adakah reka bentuk komunikasi visual iaitu reka letak, warna dan tipografi pada papan iklan perniagaan di Tawau menepati mesej periklanan perniagaan? Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu pungutan data dan analisis kandungan. Seal selidik menggunakan 300 responden di daerah Tawau. Saal selidik digunakan untuk mendapat respon yang menjawab soalan-soalan yang wujud. Analisis secara deskriptif digunakan untuk mengupas elemen reka letak, warna dan tipografi yang wujud pada papan iklan yang dipaparkan di Tawau. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat korelasi antara reka letak, warna dan tipografi dengan keberkesanan papan iklan di Tawau. Penegasan imej produk membantu menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Di samping itu, hasil kajian mendapati tipografi Sans Serif paling banyak digunakan dalam papan iklan, warna­warna panas menarik minat responden dan warna yang kontra antara imej dan latar membantu keberkesanan mesej iklan. Kajian ini dapat dijadikan sebagai indikator kepada kepada syarikat-syarikat, Majlis Perbandaran Daerah, para pereka papan iklan, pelajar dalam bidang berkaitan dan masyarakat umum.