Pengaruh akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru terhadap pencapaian murid di daerah berpencapaian rendah di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru dengan pencapaian murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di daerah yang berpencapaian rendah di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 23...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dayang Lelawati Abang Jalil
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37558/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37558/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37558/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara akauntabiliti, interaksi dan pengurusan strategik guru dengan pencapaian murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di daerah yang berpencapaian rendah di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 234 orang guru yang dipilih secara persampelan berkelompok mewakili sekolah di daerah Limbang, Lawas, Betong dan Samarahan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi 65 item yang dibina oleh pengkaji bagi pemboleh ubah akauntabiliti, interaksi guru dan pemboleh ubah pengurusan strategik sebahagiannya diadaptasi daripada kajian David berkaitan pengurusan strategik. Data daripada instrumen digunakan untuk mengukur tahap semua pemboleh ubah, dan hubungan serta pengaruh bagi pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan min ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar tinggi namun hanya terdapat hubungan positif yang lemah tetapi signifikan bagi akauntabiliti guru dan interaksi guru. Keputusan kajian juga mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar tidak mempengaruhi pencapaian murid. Oleh kerana nilai R Square (5.4%) mendekati nilai sifar maka dapat disimpulkan bahawa kemampuan pemboleh ubah tidak bersandar dalam menjelaskan pemboleh ubah bersandar amat terbatas. Namun demikian kajian ini mencadangkan bahawa guru haruslah sentiasa menunjukkan akauntabiliti mereka terhadap sekolah dan profesion serta sentiasa menggunakan interaksi sosial yang positif untuk membantu murid mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Selain itu kajian ini mencadangkan agar kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif untuk mendapat hasil dapatan yang mungkin tidak dapat dikenal pasti dalam kajian ini digunakan.