Implikasi pandemik covid-19 terhadap usahawan Pelancongan skala mikro di daerah Ranau, Sabah

Pelancongan di Malaysia masih menjadi penyumbang pendapatan ketiga terbesar selepas industri perkilangan dan petroleum. Pelancongan boleh dikatakan satu-satunya alternatif sektor industri yang boleh memperkenalkan sesuatu tempat menarik yang tersorok di sesuatu tempat sehingga ke peringkat dunia. Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Thaddeus Peter, Ang Kean Hua, Lindah Roziani Jamru, Ridzuan Abd Gafor
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36287/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36287/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36287/
https://doi10/35631/JTHEM.730005
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelancongan di Malaysia masih menjadi penyumbang pendapatan ketiga terbesar selepas industri perkilangan dan petroleum. Pelancongan boleh dikatakan satu-satunya alternatif sektor industri yang boleh memperkenalkan sesuatu tempat menarik yang tersorok di sesuatu tempat sehingga ke peringkat dunia. Secara tidak langsung, keadaan ini mampu menjana pendapatan dan mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan penduduk tempatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji implikasi pandemik COVID-19 terhadap pelancongan berskala mikro di daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual yang berlangsung pada Oktober hingga Disember 2021. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan pengusaha pelancongan mikro di daerah Ranau mendapati kebanyakkan daripada mereka amat terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini. Di samping itu, kajian ini juga berjaya mengumpul dan menemukan beberapa dapatan penting berhubung dengan impak pandemik COVID-19 terhadap usahawan pelancongan skala mikro di Ranau, Sabah. Kesimpulannya, walaupun pelbagai kekangan yang perlu dihadapi oleh penyelidk, namun penyelidik tidak putus asa terutama dalam mendapatkan informan-informan yang sudi untuk ditemubual secara online oleh penyelidik.