Persepsi dan penerimaan pengguna di Kota Kinabalu terhadap perniagaan produk makanan yang dihasilkan dari rumah

Perniagaan produk makanan yang dihasilkan dari rumah (Homemade Food Business) semakin menjadi pilihan pengguna pada masa kini. Ramai orang mula menceburi diri dalam perniagaan jenis ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan persepsi dan tahap penerimaan pengguna terhadap perniagaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rosniefa Mohd Yusop
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35611/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35611/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35611/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perniagaan produk makanan yang dihasilkan dari rumah (Homemade Food Business) semakin menjadi pilihan pengguna pada masa kini. Ramai orang mula menceburi diri dalam perniagaan jenis ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan persepsi dan tahap penerimaan pengguna terhadap perniagaan produk makanan yang dihasilkan dari rumah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap penerimaan pengguna terhadap perniagaan produk makanan yang dihasilkan dari rumah berdasarkan demografi responden. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 384 orang responden. Sebanyak 384 borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Terdapat empat kategori persepsi yang dikaji iaitu, persepsi terhadap keselamatan, kualiti, kesihatan dan harga produk makanan homemade. Bagi kategori keselamatan makanan, di dapati bahawa pengguna memberikan persepsi negatif terhadap semua pernyataan mengenai keselamatan produk makanan tersebut. Hanya (21.3%) bersetuju terhadap pernyataan bahawa pengusaha makanan tersebut telah mengikuti Kursus Latihan Pengendalian Makanan. Banyak responden (60.7%) turut bersetuju bahawa kebanyakan pengendali produk makanan homemade tidak pernah mengambil suntikan anti-tifoid. Bagi kategori kualiti makanan pula, sebanyak (75.5%) responden memberikan persepsi positif terhadap pernyataan bahawa rasa produk makanan homemade adalah sedap. Dari segi kesihatan produk makanan homemade, (57.8%) responden memberikan persepsi yang sederhana terhadap pernyataan bahawa produk makanan tersebut adalah sihat. Manakala, dari segi harga pula, (72.1%) responden turut memberikan persepsi yang sederhana terhadap pernyataan bahawa harga produk makanan tersebut adalah murah. Manakala, bagi tahap penerimaan pengguna terhadap perniagaan produk makanan homemade pula adalah berada pada tahap yang sederhana tinggi berdasarkan kepada penanda nilai aras min (3.101). Kajian ini juga mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara semua ciri demografi responden dalam menentukan penerimaan mereka terhadap perniagaan produk makanan homemade. Oleh yang demikian, tidak kira berbeza jantina, agama mahupun bangsa adalah didapati menerima terhadap perniagaan produk makanan homemade.