Pengaruh kepimpinan terhadap Keselamatan dan kualiti di tempat Kerja dalam kalangan pekerja di sector Awam dan swasta di Malaysia

Isu tentang pengaruh kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang sering dibahaskan dan dikaitkan dengan pencapaian kejayaan atau kayu ukur bagi sesetengah organisasi mahupun diri mereka sendiri. Isu ini sering mendapat perhatian banyak pihak kerana Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang seda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syuhada Binti Nordin, Ismail Maakip
Format: Article
Language:English
English
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35454/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35454/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35454/
https://www.researchgate.net/publication/366822147
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu tentang pengaruh kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang sering dibahaskan dan dikaitkan dengan pencapaian kejayaan atau kayu ukur bagi sesetengah organisasi mahupun diri mereka sendiri. Isu ini sering mendapat perhatian banyak pihak kerana Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang sedang membangun dan memerlukan individu yang berkepimpinan bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di paras optimum. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan terhadap keselamatan dan kualiti di tempat kerja dalam kalangan pekerja di sektor awam dan swasta di Malaysia. Alat kajian seperti Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ), Individual Work Performance Questionnaire (IWPQ) dan The Occupational Safety and Health Monitoring and Assessment Tool (OSH-MAT) telah digunakan bagi mendapatkan maklumat responden dan ia diedarkan melalui borang soal selidik Google Form. Pengkaji telah menggunakan teknik persampelan secara rawak untuk mendapatkan maklumat 150 orang responden pekerja sektor awam dan swasta di Malaysia. Berdasarkan hasil daripada statistik inferensi analisis regresi, kedua – dua pembolehubah terikat adalah signifikan dan menunjukkan hubungan linear dengan pengaruh kepimpinan. Analisis regresi pengaruh kepimpinan terhadap kualiti kerja yang dihasilkan oleh pekerja di tempat kerja adalah positif dan signifikan (F(1,148) = 41.263, p < .05). Pekali regresi (ß = .467, p < .05). Manakala analisis regresi bagi pengaruh kepimpinan terhadap keselamatan pekerja di tempat kerja adalah negatif dan signifikan (F(1,148) = 3.428, p > .05). Pekali regresi (ß = -.150, p > .05). Kesimpulannya, pengaruh kepimpinan memberi impak yang sangat kuat kepada kualiti kerja yang dihasilkan oleh pekerja di tempat kerja dan keselamatan pekerja di tempat kerja di sektor awam dan swasta di Malaysia.