Kesediaan murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam era Covid-19
Krisis Pandemik COVID-19 telah mencetuskan suatu norma baharu terhadap gaya pembelajaran konvensional. Keadaan ini telah mendesak suatu gaya pembelajaran yang dirasakan sesuai iaitu Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun merupakan penerapan gabungan teknologi e-pembelajaran dengan pembelajaran b...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
MJSSH
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33638/1/Kesediaan%20murid%20Generasi-Z%20di%20SMK%20Badin%20Tuaran%20dalam%20pembelajaran%20Teradun%20Bahasa%20Melayu%20dalam%20era%20Covid-19.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33638/2/Kesediaan%20murid%20Generasi-Z%20di%20SMK%20Badin%20Tuaran%20dalam%20pembelajaran%20Teradun%20Bahasa%20Melayu%20dalam%20era%20Covid-191.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33638/ https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1352 https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1352 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Krisis Pandemik COVID-19 telah mencetuskan suatu norma baharu terhadap gaya pembelajaran konvensional. Keadaan ini telah mendesak suatu gaya pembelajaran yang dirasakan sesuai iaitu Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun merupakan penerapan gabungan teknologi e-pembelajaran dengan pembelajaran bersemuka yang dikenali sebagai Pembelajaran Teradun. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid Generasi-Z (Gen-Z) SMK Badin Tuaran dalam Pembelajaran Teradun bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini melalui edaran instrumen soal selidik atas talian dengan lima Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alfa Cronbach (α) 0.795. Seramai 126 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 4 SMK Badin Tuaran, Sabah terlibat sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan program SPSS 27.0 dengan menumpukan kepada analisis statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu di Internet berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.46. Manakala tahap kesediaan murid bagi Pembelajaran Teradun bahasa Melayu pula berada pada tahap tinggi (M=3.82). Keadaan ini menjelaskan bahawa kajian berkaitan Pembelajaran Teradun perlu lebih giat dijalankan pada masa akan datang kerana gaya pembelajaran ini dapat mengisi ruang kelompangan dalam kekangan pembelajaran bersemuka semasa krisis dan juga bencana. |
---|