Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan Covid-19 menerusi online: satu resolusi Kementerian Pendidikan Malaysia
Fenomena pandemik Covid-19 merupakan satu pandemik yang berlaku di luar jangkaan. Ia bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Malaysia, malah kehadirannya menggegar dunia. Penyebaran wabak ini sangat cepat dan sukar untuk disekat. Hampir majoriti seluruh negara di dunia ini terkesan dengan kehadirannya...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Global Academic Excellence
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32985/1/Kelangsungan%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20semasa%20perintah%20kawalan%20pergerakan%20penularan%20Covid-19%20menerusi%20online.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32985/2/Kelangsungan%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20semasa%20perintah%20kawalan%20pergerakan%20penularan%20Covid-19%20menerusi%20online%20_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32985/ http://www.jistm.com/PDF/JISTM-2021-23-11-18.pdf https://doi.org/10.35631/JISTM.623003 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fenomena pandemik Covid-19 merupakan satu pandemik yang berlaku di luar jangkaan. Ia bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Malaysia, malah kehadirannya menggegar dunia. Penyebaran wabak ini sangat cepat dan sukar untuk disekat. Hampir majoriti seluruh negara di dunia ini terkesan dengan kehadirannya sehinggakan pelbagai sektor mengalami bahangnya termasuklah dalam bidang pendidikan. Bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 ini, pihak kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak 18 Mac 2020 sehinggalah sekarang dengan tempoh fasa pemulihan yang dijalankan serta menutup semua pengoperasian sektor termasuklah sektor pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat resolusi yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kesinambungan pendidikan pelajar-pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menjurus kepada analisis dokumen Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 3 Tahun 2020 iaitu garis panduan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan jangkitan Covid-19 bertarikh 27 Mac 2020. Bagi memastikan kelangsungan pendidikan kepada pelajar-pelajar, pihak KPM menggalakkan semua guru menggunakan kaedah pembelajaran melalui pelantar pembelajaran yang disediakan oleh pihak KPM iaitu MOE-DL dan pelantar pembelajaran yang bersesuaian secara dalam talian dengan berbantukan Teknologi Maklumat. Walaupun kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) normal berlaku dalam bilik darjah, namun dalam menangani virus ini kaedah PdPc perlu diubah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Dengan berbantukan kajian ini, pihak ibu bapa, pelajar serta guru dapat merealisasikan hasrat KPM agar lantunan ilmu tidak terhenti disebabkan pandemik Covid-19. |
---|