Pendekatan kaedah latih tubi dalam kemahiran menulis jawi murid tahun empat di sekolah kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan

Jawi adalah satu tulisan untuk bahasa Melayu. Dalam perlembagaan Perkara 152 menyebut bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Negara ini. Terdapat dua tulisan dalam bahasa Melayu iaitu Jawi dan Rumi. Pelbagai kajian dan analisis telah dilakukan oleh pakar Jawi untuk memudahkan pengajaran Jawi secara b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sarinab Ariffin @ Eduny, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Syamsul Azizul Marinsah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32969/1/Pendekatan%20kaedah%20latih%20tubi%20dalam%20kemahiran%20menulis%20jawi%20murid%20tahun%20empat%20di%20Sekolah%20Kebangsaan%20Ladang%20Sandak%2C%20Sandakan.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32969/2/PENDEKATAN%20KAEDAH%20LATIH%20TUBI%20DALAM%20KEMAHIRAN%20MENULIS%20JAWI%20MURID%20TAHUN%20EMPAT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32969/
https://www.researchgate.net/publication/359728991_INTERNATIONAL_JOURNAL_OF_EDUCATION_PSYCHOLOGY_AND_COUNSELLING_IJEPC_PENDEKATAN_KAEDAH_LATIH_TUBI_DALAM_KEMAHIRAN_MENULIS_JAWI_MURID_TAHUN_EMPAT_DI_SEKOLAH_KEBANGSAAN_LADANG_SANDAK_SANDAKAN_DRILL_METHO
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jawi adalah satu tulisan untuk bahasa Melayu. Dalam perlembagaan Perkara 152 menyebut bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Negara ini. Terdapat dua tulisan dalam bahasa Melayu iaitu Jawi dan Rumi. Pelbagai kajian dan analisis telah dilakukan oleh pakar Jawi untuk memudahkan pengajaran Jawi secara berkesan. Kemerosotan kemahiran Jawi memberi impak yang besar kepada kemahiran penguasaan pembacaan dan penghayatan Kitab suci al-Quran dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Hal ini disebabkan murid merasakan tulisan Jawi tidak penting dalam amalan seharian dan penggunaan tulisan Jawi tidak secara global. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah faktor minat, sikap dan motivasi murid-murid terhadap penguasaan menulis Jawi serta kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran mempengaruhi tahap penguasaan murid menulis Jawi dengan menggunakan kaedah Latih Tubi. Seramai 65 orang murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak dipilih sebagai responden dan kajian ini akan dijalankan selama dua semester ke atas responden yang terdiri daripada 38 murid lelaki dan 27 murid perempuan. Data dan maklumat yang diperoleh dalam kajian akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS), Versi 24 dan juga Microsoft Excel untuk menerangkan hasil kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan latih tubi dalam Pendidikan Jawi sangat memberikan implikasi positif dalam aspek membaca dan menulis. Justeru, kajian ini dapat membantu memberikan gambaran kepada guru-guru agama baru untuk menangani isu murid Pendidikan Islam khususnya dalam celik Jawi.