Penawaran kursus kenegaraan Malaysia dari perspektif pelantar anak watan: kesedaran kolektif dalam pembangunan kurikulum

Penawaran kursus kenegaraan Malaysia ghalibnya dikaitkan dengan kursus teras atau wajib yang diperkenalkan sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama. Kursus ini diperkenalkan bagi memastikan agar warga pelajar dapat dipupuk nilai patriotisme dan nasionalisme dengan harapan menjadi war...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd. Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Saifulazry Mokhtar, Anna Lynn Abu Bakar
格式: Article
語言:Malay
Malay
出版: Global Academic Excellence 2021
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32715/3/Penawaran%20kursus%20kenegaraan%20Malaysia%20dari%20perspektif%20pelantar%20anak%20watan%20kesedaran%20kolektif%20dalam%20pembangunan%20kurikulum.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32715/1/Penawaran%20kursus%20kenegaraan%20Malaysia%20dari%20perspektif%20pelantar%20anak%20watan_%20kesedaran%20kolektif%20dalam%20pembangunan%20kurikulum%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32715/
http://www.jistm.com/PDF/JISTM-2021-23-11-19.pdf
https://doi.org/10.35631/JISTM.623004
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penawaran kursus kenegaraan Malaysia ghalibnya dikaitkan dengan kursus teras atau wajib yang diperkenalkan sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama. Kursus ini diperkenalkan bagi memastikan agar warga pelajar dapat dipupuk nilai patriotisme dan nasionalisme dengan harapan menjadi warganegara yang baik lagi bertanggungjawab kepada ibu pertiwi. Penawaran kursus tersebut dilakukan untuk memastikan bahawa terdapatnya kesinambungan subjek sejarah yang dipelajari di alam persekolahan dengan di peringkat pengajian tinggi. Justeru, kertas kerja ini membincangkan penawaran kursus kenegaraan dalam konteks Pelantar Anak Watan. Konsep Pelantar Anak Watan diketengahkan atas kesedaran bahawa tunjang yang memayungi negara ini adalah orang Melayu dan bumiputera sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Metodologi kajian dilakukan berdasarkan kaedah kualitiatif, yakni analisis dokumentasi berasaskan sumber, di samping pemerhatian dan pengalaman penulis dalam pengajaran kursus kenegaran tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa dalam pembangunan kurikulum kursus kenegaraan perlu diberikan keutamaan elemen yang terdapat dalam konsep pelantar anak watan agar setiap pelajar dapat menghayatinya bagi memastikan kelestarian negara bangsa Malaysia yang aman dan sejahtera.