Nilai estetika dalam imej dan pembungkusan kuih tradisional masyarakat brunie di daerah Beaufort: Tradisi dan identity

Kajian ini dijalankan untuk menyingkap elemen estetika menerusi imej dan pembungkusan kuih tradisional dalam kalangan etnik Brunei di Daerah Beaufort. Fokus kajian ini terarah kepada bidang visualisasi imej dan reka bentuk pembungkusan kuih-muih tradisional yang telah dikenal pasti. Kuih-muih tradis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surayah Bungsu, Humin Jusilin, Musnin Misdiah, Azizah Ibrahim
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31934/2/Nilai%20estetika%20dalam%20imej%20dan%20pembungkusan%20kuih%20tradisional%20masyarakat%20brunie%20di%20daerah%20Beaufort%2C%20Tradisi%20dan%20identity.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31934/1/Nilai%20Estetika%20dalam%20Imej%20dan%20Pembungkusan%20Kuih%20Tradisional%20Masyarakat%20Brunie%20di%20Daerah%20Beaufort%2C%20Tradisi%20dan%20Identiti.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31934/
https://www.ivcctva.com/e-proceeding-full-paper
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menyingkap elemen estetika menerusi imej dan pembungkusan kuih tradisional dalam kalangan etnik Brunei di Daerah Beaufort. Fokus kajian ini terarah kepada bidang visualisasi imej dan reka bentuk pembungkusan kuih-muih tradisional yang telah dikenal pasti. Kuih-muih tradisional masyarakat Brunei yang dipilih terdiri daripada kuih jalurut dan kuih tilapam kerana signifikan dan tipikal dalam kehidupan etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kuih-muih tradisional yang dikaji menampilkan elemen estetika dari segi imej bentuk, bahan dan teknik yang tersendiri. Manakala daun nipah atau disebut pucuk dijadikan sebagai bahan asas pembungkusannya juga menampilkan reka bentuk pembungkusan tersendiri yang signifikan dengan nilai estetika dalam budaya Brunei. Kajian ini tertumpu di dua buah perkampungan etnik Brunei iaitu, di Kampung Weston dan Kampung Lubuk di daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data kajian yang diperolehi daripada kerja lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta pengkaji. Data-data dari lapangan akan dianalisis melalui pendekatan Panofsky (1939) yang mencadangkan tiga langkah sistematik iaitu tahap primer, sekunder dan makna intrinsik. Setiap elemen yang dibincangkan dapat menjelaskan elemen estetika, imej visualisasi, reka bentuk pembungkusan dan bagaimana kuih-muih tradisional menjadi ikon dan identiti dalam konteks budaya turun-temurun etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian ini mendapati bahawa elemen estetika dan imej visual dalam pembuatan pembungkusan kuih-muih tradisional ini adalah menjurus kepada gambaran adat budaya etnik Brunei yang perlu dipelihara oleh generasi muda. Keunikan kuih tradisional dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan budaya yang menjelaskan simbol, jati diri dan nilai estetika yang perlu dipelihara.