Meningkatkan ketegasan kendiri pelajar sekolah menengah menggunakan modul kecekapan hubungan intrapersonal
Berlaku peningkatan statistik masalah-masalah moral seperti merokok, kes pembuangan bayi, aktiviti seksual dan lain-lain. Hal demikian bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran sahaja seperti tekanan keluarga, kemiskinan dan lain-lain tetapi faktor dalaman juga turut mendorong kepada tingkah laku a...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31584/1/Meningkatkan%20ketegasan%20kendiri%20pelajar%20sekolah%20menengah%20menggunakan%20modul%20kecekapan%20hubungan%20intrapersonal-ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31584/2/Meningkatkan%20Ketegasan%20Kendiri%20Pelajar%20Sekolah%20Menengah%20Menggunakan%20Modul%20Kecekapan%20Hubungan%20Intrapersonal.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31584/ http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Berlaku peningkatan statistik masalah-masalah moral seperti merokok, kes pembuangan bayi, aktiviti seksual dan lain-lain. Hal demikian bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran sahaja seperti tekanan keluarga, kemiskinan dan lain-lain tetapi faktor dalaman juga turut mendorong kepada tingkah laku agresif. Oleh itu, mengurangkan tingkah laku agresif pelajar dengan mengenali diri dan tegas dengan pendirian seperti memberikan latihan intrapersonal iaitu salah satu komponen kecerdasan emosi kepada pelajar akan membendung pelajar daripada melakukan tingkah laku agresif. Beberapa hasil kajian telah membuktikan bahawa kemahiran Kecerdasan Emosi di bawah komponen intrapersonal seperti ketegasan diri sememangnya boleh dibentuk dan ditingkatkan pada seseorang semasa di peringkat sekolah, kolej mahu pun pada peringkat universiti melalui intervensi ataupun latihan kecerdasan emosi seperti yang telah dibuktikan dalam kajian-kajian lepas. Oleh yang demikian kaedah penyelidikan yang akan digunakan adalah eksperimen dan metod pra dan pasca (pre dan post). Objektifnya adalah untuk mengenal pasti skor kecerdasan emosi pelajar dan meningkatkan skor kecerdasan emosi sosial pelajar menggunakan Modul Latihan Kecekapan Hubungan Intrapersonal. Jangkaan terhadap hasil penyelidikan ini adalah skor kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar dalam kajian ini dapat ditingkatkan selepas menjalani latihan yang diberikan oleh penyelidik. |
---|