Model ketidakupayaan sosial-perubatan bagi orang kurang upaya di Malaysia

Dalam Model Perubatan, kurang upaya dianggap sebagai ketidakupayaan fungsi kronik yang menyebabkan ketidakupayaan fizikal atau mental, seterusnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bekerja dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Berbeza dengan Model Ketidakupayaan Sosial yang beranggapan bahawa O...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lineker Ak Takom, Ferlis Bullare @ Bahari, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan @ Endalan, Mohd. Dahlan A. Malek
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31578/1/Model%20ketidakupayaan%20sosial-perubatan%20bagi%20orang%20kurang%20upaya%20di%20Malaysia-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31578/2/Model%20Ketidakupayaan%20Sosial-perubatan%20Bagi%20Orang%20Kurang%20Upaya%20Di%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31578/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam Model Perubatan, kurang upaya dianggap sebagai ketidakupayaan fungsi kronik yang menyebabkan ketidakupayaan fizikal atau mental, seterusnya membawa kepada ketidakmampuan untuk bekerja dan terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Berbeza dengan Model Ketidakupayaan Sosial yang beranggapan bahawa OKU dilihat sebagai kumpulan minoriti yang dikenakan diskriminasi, stigma, pengasingan sosial, penindasan, peminggiran dan berhadapan dengan banyak halangan sosial untuk terlibat sepenuhnya dalam masyarakat. Bagi konteks Malaysia, adakah OKU dilihat menggunakan persepktif Model Sosial atau Model Perubatan? Isu ini penting diterokai kerana perspektif Model Perubatan ke atas OKU telah berakar umbi dalam nilai masyarakat dan ia dikaitkan dengan kapitalisme serta meritokrasi yang telah mendominasi nilai-nilai masyarakat dunia pada masa ini (McLaughlin dan Kenji Kuno, 2011). Melihat isu ini, satu kajian menggunakan kaedah Grounded Theory telah digunakan untuk meneroka dan menjana konsep ketidakupayaan berdasarkan perspektif Model Sosial dan Perubatan bagi OKU di Malaysia. Analisis Grounded Theory telah menghasilkan lima perspektif Model Sosial-Perubatan (penerimaan, kehidupan berdikari, kesaksamaan, aksesibiliti dan kuasa dalam membuat keputusan); tiga sumber Model Sosial-Perubatan (kesedaran diri OKU, kesedaran masyarakat dan kesedaran Ibu bapa); enam halangan Model Sosial (ketidakadilan, stigma, diskriminasi, halangan, pengasingan dan ketidakberkesanan undang-undang); dua strategi (mendapat sokongan dan mendapat pengetahuan); pengaruh Model Sosial-Perubatan (kesejahteraan). Disimpulkan bahawa, dengan mengenal pasti dan menghasilkan model ketidakupayaan yang baru berkaitan dengan Model Sosial dan Model Perubatan yang sedia ada, ia akan memberikan maklumat yang berguna untuk kerajaan sebelum program atau polisi dilaksanakan.