Qudwah dan uswah acuan al Quran dalam kepimpinan Pendidikan
Kajian ini merupakan kajian analisis ayat al Quran yang mengandungi perkataan qudwah dan uswah. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan peta minda ciri dan kata kunci dalam mewujudkan acuan keteladanan melalui al Quran berdasarkan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya perkataan qudwah dan uswah dala...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Academic Inspired Network
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31534/1/Qudwah%20dan%20uswah%20acuan%20al%20Quran%20dalam%20kepimpinan%20Pendidikan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31534/2/Qudwah%20dan%20uswah%20acuan%20al%20Quran%20dalam%20kepimpinan%20Pendidikan1.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31534/ http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-38-06-10.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan kajian analisis ayat al Quran yang mengandungi perkataan qudwah dan uswah. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan peta minda ciri dan kata kunci dalam mewujudkan acuan keteladanan melalui al Quran berdasarkan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya perkataan qudwah dan uswah dalam menentukan kriteria kepimpinan pendidikan menggunakan acuan al Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat analisa berkaitan dengan ayat al Quran yang ada perkataan qudwah dan uswah disebutkan dalam ayat tersebut. Ia dimulai dengan membuat carian perkataan qudwah dan uswah secara berasingan menggunakan aplikasi Fetyaton Amanou serta carian atas talian menggunakan enjin carian google dan bing. Setiap dapatan dari carian ini disenaraikan di dalam sebuah jadual yang memperincikan ayat tersebut digolongkan kepada kriteria qudwah atau uswah. Setelah itu, terjemahan yang diambil dari celiktafisr.net digunakan untuk kesemua ayat yang telah dikumpulkan diletakkan bersebelahan ayat, dan analisis dijalankan untuk mengenal pasti isi penting dari terjemahan tersebut. Kesemua isi penting dicatatkan bersebelahan terjemahan dan seterusnya dijadikan kata kunci yang akan digunakan dalam membentuk sebuah peta minda yang bertujuan memudah fahamkan konsep asas berkaitan qudwah dan uswah melalui ayat al Quran. Setelah terhasilnya peta minda ini, ianya digunakan sebagai acuan dalam menyenaraikan kriteria qudwah dan uswah mengikut konteks kepimpinan pendidikan. Hasil kajian mendapati kriteria yang terhasil dalam kepimpinan Pendidikan ini adalah;1. Menjadikan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim Alaihissalam serta umatnya sebagai contoh teladan. Ianya boleh diperolehi dengan menyemak sumber-sumber berkaitan dengan kaedah mendidik bersumber dari dalil naqli; 2. Meninggalkan tatacara adat nenek moyang yang bersalahan dengan ajaran Islam; 3. Tiada kompromi walaupun dengan keluarga apabila mereka tidak mengikut ajaran Islam; 4. Menjadikan al Quran sebagai pedoman dan menguasai al Quran untuk disampaikan kepada orang lain; 5. Tidak menjadikan pengetahuan al Quran sebagai bahan untuk meraih keuntungan; 6. Mengaplikasikan rasa harap rahmat dari Allah. 7; Mewujudkan rasa takut kepada hari akhirat yang boleh membantu untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam, dan; 8. Menyedari bahawa taat kepada perintah Allah dan Rasulnya ini bukan untuk menunjukkan bahawa Allah itu sangat memerlukan bantuan dari makhluknya namun ianya adalah menunjukkan sifat ketuhanan dan nilai kehambaan. 9. Menyedari kepentingan merujuk dan menyemak dalil naqli yang lain dalam membuat kesimpulan berkenaan sesuatu ayat kerana kriteria al Quran yang turut berkonsep sesuatu ayat diterangkan dengan ayat yang lain. |
---|