Sejauh mana tempoh perkhidmatan sebagai faktor penyederhanaan terhadap reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja? Kajian di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di an...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syarifah Hanum Ali, Arsiah Bahron, Stephen Laison Sondoh Jr.
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30784/1/Sejauh%20mana%20tempoh%20perkhidmatan%20sebagai%20faktor%20penyederhanaan%20terhadap%20reka%20bentuk%20pekerjaan%2C%20motivasi%20dan%20kepuasan%20kerja.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30784/2/Sejauh%20mana%20tempoh%20perkhidmatan%20sebagai%20faktor%20penyederhanaan%20terhadap%20reka%20bentuk%20pekerjaan%2C%20motivasi%20dan%20kepuasan%20kerja1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30784/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JAAAB/article/view/1294
https://doi.org/10.51200/jaaab.v0i0.1294
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya.