Imej budaya dan kerjasama dalam karya seni cetakan Maphilindo

Artikel ini menyingkap karya seni yang dihasilkan oleh kumpulan Pangrok Sulap bertajuk Maphilindo. Pangrok Sulap merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pengkarya yang amat prolifik menghasilkan karya cetakan teknik woodcut. Kajian khusus tentang karya seni cetakan yang bertaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azdy Shahrin Nizzam Amarisner, Humin Jusilin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30549/1/Imej%20budaya%20dan%20kerjasama%20dalam%20karya%20seni%20cetakan%20Maphilindo.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30549/2/Imej%20budaya%20dan%20kerjasama%20dalam%20karya%20seni%20cetakan%20Maphilindo1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30549/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2827
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menyingkap karya seni yang dihasilkan oleh kumpulan Pangrok Sulap bertajuk Maphilindo. Pangrok Sulap merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pengkarya yang amat prolifik menghasilkan karya cetakan teknik woodcut. Kajian khusus tentang karya seni cetakan yang bertajuk Maphilindo dipilih kerana memaparkan isu budaya dan sosial. Karya ini menggambarkan harapan tentang kesatuan budaya yang terkandung dalam gagasan kesatuan Maphilindo, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Ketiga-tiga buah negara yang terlibat dalam penubuhan gagasan Maphilindo memberi kesan kepada budaya dan kehidupan sosial masyarakat tempatan. Pengkarya menggunakan seni cetakan untuk memberi gambaran dan pendedahan tentang kesedaran orang awam tentang isu ini. Penulis menggunakan Teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky (1972) dalam menghurai setiap elemen seni visual yang diketengahkan oleh pengkarya dalam karya cetakan. Data-data yang terdiri daripada elemen formal dianalisis melalui tiga tahap analisis iaitu primer, praikonografi dan makna ikonografi. Kajian ini mendapati bahawa karya ini memaparkan elemen kesatuan yang selaras dengan budaya dan sosial antara negara Malaysia, Filipina dan Indonesia.