Etika kerja etnik Bugis di Sabah: satu kajian di organisasi awam

Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aishah Tamby Omar, Asmiaty Amat
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30330/1/Etika%20Kerja%20Etnik%20Bugis%20di%20Sabah%20Satu%20Kajiandi%20Organisasi%20Awam%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30330/3/Etika%20Kerja%20Etnik%20Bugis%20di%20Sabah_%20Satu%20Kajian%20di%20Organisasi%20Awam%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30330/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/762
https://doi.org/10.51200/manu.v25i0.762
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam. Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika kerja etnik Bugis serta perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan. Seramai 144 orang pekerja yang bekerja di organisasi awam sekitar Kota Kinabalu dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik mengandungi demografi responden dan juga Multidimensional Work Ethic Profile (MWEP) yang diperkenalkan oleh Miller et al. (2002). Data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 22. Hasil kajian menunjukkan bahawa etika kerja etnik Bugis adalah bekerja keras ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, tidak terdapat perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan etnik Bugis. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada perancangan strategik sumber manusia terhadap satu garis panduan etika kerja yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi.