Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris

Kajian dijalankan bertujuan mengetahui tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah di Sabah. Tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kompetensi guru dan motivasi guru merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sitti Idriyanih Bakri, Abdul Said Ambotang
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27456/1/Efikasi%20guru%20prasekolah%20dalam%20pengajaran%20bahasa%20inggeris.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27456/2/Efikasi%20guru%20prasekolah%20dalam%20pengajaran%20bahasa%20inggeris1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27456/
https://drive.google.com/file/d/1C9yDLG_AHE36SYG3N11iGEcMI7Jl8b-N/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian dijalankan bertujuan mengetahui tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah di Sabah. Tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kompetensi guru dan motivasi guru merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen iaitu soal selidik. Populasi guru prasekolah di Sabah adalah seramai 1326 orang guru, namun hasil dapatan adalah berdasarkan kajian rintis yang dijalankan iaitu melibatkan 120 orang guru prasekolah yang terdiri daripada sekolah daerah Kota Kinabalu. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil dapatan kajian telah mendapati kompetensi guru prasekolah mempunyai hubungan yang positif dan mempunyai hubungan korelasi pada tahap sederhana dengan efikasi guru dalam mengajar Bahasa Inggeris di prasekolah. Manakala motivasi guru juga mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi guru prasekolah dan mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat. Kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai pengaruh terhadap efikasi guru apabila kedua-dua dapatan menunjukkan hasil kurang daripada 0.05.