Pembelajaran koperatif kemahiran 4k dan penggunaan media digital terhadap sikap akademik pelajar

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran koperatif kemahiran 4k (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif) pelajar dan penggunaan media digital oleh guru terhadap sikap akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Responden terdiri daripada 400 orang pelajar tin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Sahrul Nizam Sahidin, Muhamad Suhaimi Taat
Format: Article
Language:English
English
Published: Secholian Publication 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27022/1/Pembelajaran%20koperatif%20kemahiran%204k%20dan%20penggunaan%20media%20digital%20terhadap%20sikap%20akademik%20pelajar-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27022/2/Pembelajaran%20koperatif%20kemahiran%204k%20dan%20penggunaan%20media%20digital%20terhadap%20sikap%20akademik%20pelajar.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27022/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/393
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran koperatif kemahiran 4k (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif) pelajar dan penggunaan media digital oleh guru terhadap sikap akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Responden terdiri daripada 400 orang pelajar tingkatan empat bagi 18 buah sekolah menengah harian di daerah Kota Kinabalu Sabah. Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik dengan pengukuran skala likert. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 25. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan media digital oleh guru berada pada tahap sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan media digital oleh guru antara pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat juga hubungan yang signifikan tetapi lemah antara penggunaan media digital oleh guru dengan sikap akademik pelajar. Implikasi dan cadangan lanjut turut dibincangkan.