Kesan pembungkusan ke atas Capsicum frutescens atau cili padi semasa proses penyimpanan lepas tuai

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan bahan pembungkusan yang sesuai untuk proses penyimpanan lepas tuai ke atas cili padi (Capsicumjrutescens). Dalam kajian ini cili padi (Capsicum jrutescens) yang telah matang diberikan rawatan pembungkusan yang berbeza iaitu pembungkusan menggunakan sur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Amalina Nadhirah Asli
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20452/1/Kesan%20pembungkusan%20ke%20atas%20Capsicum.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20452/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan bahan pembungkusan yang sesuai untuk proses penyimpanan lepas tuai ke atas cili padi (Capsicumjrutescens). Dalam kajian ini cili padi (Capsicum jrutescens) yang telah matang diberikan rawatan pembungkusan yang berbeza iaitu pembungkusan menggunakan suratkhabar, plastik polivinil klorida (PVC), polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang dan disimpan di dalam bilik sejuk selama 20 hari tempoh penyimpanan. Satu sampel cili padi yang tidak diberikan rawatan pembungkusan juga disimpan dalam bilik sejuk. Kualiti cili padi akan diuji berdasarkan peratusan kehilangan beratnya, nilai pH, peratus kehilangan kelembapan, perubahan wama kulit dan kesan perlubangan bahan pembungkusan selang dua bari penyimpanan. Keputusan kajian menunjukkan rawatan pembungkusan menggunakan polietilena tidak berlubang memberikan nilai minimum 1.02% untuk peratus kehilangan herat, 5.42 untuk nilai pH, 26.60% untuk peratus kehilangan kelembapan dan mempunyai nilai bacaan yang rendah untuk perbezaan antara polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang. Keputusan ini menunjukkan kesan positif proses pembungkusan kerana terbukti dapat mengurangkan proses kehilangan berat, mengurangkan proses kehilangan kelembapan dan mengekalkan rupa yang lebih elok dan berkualiti daripada rawatan yang lain. Kesimpulannya, cili padi lebih sesuai dibungkus dengan plastik polietilena yang tidak dilubangkan kerana plastik ini dapat mengekalkan kualitinya lebih baik berbanding dengan cili padi yang dibungkus dengan suratkhabar, plastik polivinil klorida (PVC) dan plastik polietilena berlubang.