Kesan penggunaan Magic Marble dengan pembelajaran koperatif dalam matematik terhadap tahap pencapaian dan sikap pelajar tingkatan 1

Kajian ini membincangkan bagaimana penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap sikap dan tahap pencapaian pelajar dalam topik Integer Matematik tingkatan satu. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan satu (58 lelaki dan 82 perempuan) yang diambil d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzemie Ayu Ramli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10712/1/mt0000000577.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10712/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan bagaimana penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap sikap dan tahap pencapaian pelajar dalam topik Integer Matematik tingkatan satu. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan satu (58 lelaki dan 82 perempuan) yang diambil daripada sebuah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu Sabah. Soal selidik digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap Matematik dan pencapaian pelajar diukur menggunakan markah ujian pra dan pasca. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 19. Dapatan analisi ujian- t menunjukkan bahawa pencapaian pelajar meningkat secara signifikan setelah proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif. (t = - 60.356, P < 0.05). Begitu juga, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan sikap pelajar setelah menggunakan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam bilik darjah.Namun kajian ini gagal menunjukkan perbezaan min skor sikap antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana membekalkan data mengenai sikap dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar guru- guru mengaplikasikan penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam mengajar Matematik tingkatan satu.