Analisis keperluan pembelajaran reka bentuk dan teknologi berteraskan pendekatan integrasi ilmu untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif

Pendidikan berperanan dalam menyediakan generasi milenia dalam menghadapi era digital dengan mengembangkan potensi diri individu secara seimbang dan menyeluruh. Namun, cabarannya era digitalisasi ini turut mendorong murid ke arah melakukan inovatif negatif. Aktiviti inovatif negatif yang dilakukan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaipah, Ismail, Aede Hatib, Musta’amal @ Jamal, Nornazira, Suhairom, Rohana, Hamzah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 2M World Sdn Bhd 2024
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43563/1/Intro%20-%20e-Proceeding%20MIC%202024%5B1%5D.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43563/2/Analisis%20keperluan%20pembelajaran%20reka%20bentuk%20dan%20teknologi%20berteraskan%20pendekatan%20integrasi%20ilmu%20untuk%20meningkatkan%20pemikiran%20inovatif%20positif.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43563/
https://drive.google.com/file/d/1zdWIyVF78Uuv4KvPc7TOmA3dnt4S4V84/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan berperanan dalam menyediakan generasi milenia dalam menghadapi era digital dengan mengembangkan potensi diri individu secara seimbang dan menyeluruh. Namun, cabarannya era digitalisasi ini turut mendorong murid ke arah melakukan inovatif negatif. Aktiviti inovatif negatif yang dilakukan oleh segelintir murid menjadi semakin meningkat dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif murid. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan aspek inovatif dan kreatif untuk menghasilkan produk yang bermanfaat. Namun, proses pengajaran dan pembelajaran sering mengabaikan aspek spiritual, sedangkan aspek ini memainkan peranan penting dalam pembentukan pemikiran inovatif positif dan akhlak murid yang sejahtera. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembelajaran RBT berteraskan pendekatan integrasi ilmu spiritual untuk meningkatkan pemikiran inovatif positif murid. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan data daripada tujuh orang sampel kajian yang terdiri daripada pakar dalam bidang integrasi ilmu, Teknik dan Vokasional. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa semua pakar bersetuju pelaksanaan pembelajaran berteraskan pendekatan integrasi ilmu spiritual dalam mata pelajaran RBT perlu dilaksanakan supaya dapat meningkatkan pemikiran inovatif positif murid dan melahirkan murid berakhlak mulia seperti mana yang diinspirasikan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Malah, penyelidikan ini bukan sahaja berhasrat untuk merealisasikan FPK tetapi juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur).