Kerjaya dalam sektor hospitaliti:sikap dan persepsi pelajar IPT

Industri hospitaliti mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Badan-badan pelancongan dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam sektor ini dan meramalkan Malaysia berpotensi menjadi salah sebuah sebuah destinasi pelancongan terulung di rantau ini. Sekto...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Mohd Fadil Mohd Yusof, Jasmine Zea Raziah Radha
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2010
在线阅读:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8936/1/Paper%202.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8936/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Industri hospitaliti mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Badan-badan pelancongan dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam sektor ini dan meramalkan Malaysia berpotensi menjadi salah sebuah sebuah destinasi pelancongan terulung di rantau ini. Sektor perhotelan, perkhidmatan makanan dan minuman dan sebagainya memerlukan ramai tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi. Kertas kerja ini mengetengahkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dalam industri hospitaliti. Walaupun graduan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti semakin bertambah dari tahun ke tahun, masalah kekurangan pekerja dalam sektor ini masih lagi berleluasa. Berdasarkan sorotan literatur, graduan bidang hospitaliti kurang berminat untuk bekerja dalam sektor ini dan sebaliknya memilih untuk bekerja dalam sektor lain. Fenomena ini perlu dikaji secara mendalam. Justeru, kertas kerja ini yang bersandarkan pada kajian awalan dan kajian-kajian lain yang relevan menerangkan beberapa faktor yang mempengaruhi sikap dan persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap kerjaya dalam sektor hospitaliti. Objektif kajian awalan ini di antaranya ialah untuk mendapatkan pandangan umum pelajar dan persepsi mereka terhadap kerjaya dalam bidang ini. Dapatan kajian menunjukkan yang faktor agama dan status sosial juga mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap kerjaya dalam sektor ini. Faktor-faktor lain yang dinyatakan oleh pelajar ialah beban kerja, gaji dan insentif yang kurang menarik. Pihak-pihak yang berkepentingan perlu memikirkan permasalahan ini dengan lebih serius bagi memperkasakan lagi industri ini di masa hadapan.