Penjenamaan tempat (Place Banding) dan faedah kepada sektor pelancongan

Penjenamaan sesebuah tempat seperti kawasan bandar adalah kompleks kerana ia melibatkan kerjasama pelbagai entiti yang berasingan seperti kerajaan tempatan, pihak swasta dan komuniti setempat. Ianya penting bagi mencipta imej positif sesebuah destinasi atau tempat dan seterusnya merangsang aktiviti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fadil Mohd Yusof, Mohd Rafi Yaacob
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ekonomi , Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8536/1/Book%20Chapter%202.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8536/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjenamaan sesebuah tempat seperti kawasan bandar adalah kompleks kerana ia melibatkan kerjasama pelbagai entiti yang berasingan seperti kerajaan tempatan, pihak swasta dan komuniti setempat. Ianya penting bagi mencipta imej positif sesebuah destinasi atau tempat dan seterusnya merangsang aktiviti perniagaan terutama melalui sektor pelancongan yang semakin berkembang pesat. Melalui kaedah penjenamaan bandar yang efektif, ianya mampu mengubah persekitaran sesebuah bandar atau destinasi kearah yang lebih kondusif bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk. Pada masa yang sama, destinasi tersebut dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara untuk melancong dan mendapatkan pengalaman berada di destinasi yang terkenal dengan imej yang ditonjolkan melalui proses penjenamaan ini. Justeru, kertas ini pertamanya membincangkan konsep penjenamaan bandar yang telah dipraktiskan oleh bandar-bandar yang terletak di negara-negara maju dan apa yang boleh dipelajari oleh Malaysia dalam hal ini. Ia juga memperkenalkan konsep penjenamaan bandar dan faedah kepada sesebuah tempat atau destinasi dalam konteks pembangunan pelancongan. Kertas ini mencadangkan penjenamaan bandar adalah strategi pemasaran yang sesuai bagi mencipta dan menyampai imej yang positif sesebuah destinasi kepada masyarakat tempatan mahupun global. Disamping itu, kertas ini juga meneliti konsep penjenamaan bandar dan membincang implikasi kepada kerajaan, sektor perniagaan dan juga potensi penyelidikan.