Penillaian keberkesanan program memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) sekolah rendah bandar dan luar bandar di Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) sekolah rendah di Kelantan menepati arahan pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 2012. Pekeliling tersebut mengetengahkan “Bajet Berasaskan Outcome” (OBB) yang mewajibkan setiap program yang dijalankan membuat p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norizan Ismail, Mohd Sahandri Gani Hamzah
Format: Non-Indexed Article
Published: Universiti Malaysia Kelantan 2016
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8331/
http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol4-2016/TENIAT,%20Vol%204,%20Issue%201,%20pp%2085-98.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) sekolah rendah di Kelantan menepati arahan pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 2012. Pekeliling tersebut mengetengahkan “Bajet Berasaskan Outcome” (OBB) yang mewajibkan setiap program yang dijalankan membuat penilaian terhadap program tersebut dari aspek keberkesanan, kesesuaian, kecekapan dan keekonomian. Namun begitu, artikel ini hanya membincangkan aspek keberkesanan program sahaja. Kajian kuantitatif ini berasaskan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik rubrik dua lapis (DLR) dan diedarkan secara rawak kepada guru sekolah rendah bandar dan luar bandar di negeri Kelantan. Sebanyak 62 buah sekolah dengan 297 orang guru sekolah rendah telah dilibatkan sebagai sampel kajian. Analisis inferensial ujian-t dilakukan bagi melihat perbezaan antara lokasi sekolah bandar dan luar bandar. Dapatan kajian telah menunjukkan tahap keberkesanan input di sekolah bandar dan luar bandar adalah pada tahap sederhana sahaja. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan keberkesanan input program MBI antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Namun begitu, dapatan menunjukkan pelaksanaan program MBI di sekolah bandar adalah lebih berkesan berbanding sekolah di luar bandar dan seterusnya telah memberikan impak yang sederhana terhadap aspek penilaian OBB. Walau bagaimanapun, dapatan ini akan lebih memberangsangkan, sekiranya hasil dapatan kajian ini diberi perhatian oleh pihak pembuat dasar khasnya bagi melaksanakan penambahbaikan dalam merealisasikan kesinambungan program ini pada masa akan datang. Ini adalah kerana program ini akan diteruskan sehingga 2025 sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan selaras dengan arahan pekeliling perbendaharaan agar perbelanjaan yang dikeluarkan adalah setimpal dengan hasil yang diperoleh