Merekabentuk kotak minuman susu kambing : keberkesanan terhadap industri kecil dan sederhana

Penyelidikan ini dihasilkan bertujuan untuk mempromosikan minuman susu kambing melalui merekabentuk kotak minuman yang belum terdapat dalam pasaran. Menurut Nigel Theobald and Belinda Winder dalam buku penulisan mereka bertajuk Packaging Closures and Sealing Systems. Istilah 'kotak minuman'...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zairul Nizam Mat Saat
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5296/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dihasilkan bertujuan untuk mempromosikan minuman susu kambing melalui merekabentuk kotak minuman yang belum terdapat dalam pasaran. Menurut Nigel Theobald and Belinda Winder dalam buku penulisan mereka bertajuk Packaging Closures and Sealing Systems. Istilah 'kotak minuman' pada asalnya digunakan melalui penggunaan bahan kertas yang dilengkapi dengan hujung logam. Kotak minuman telah dibangunkan dalam tahun 1903 di Amerika Syarikat dan Jerman untuk menggantikan botol kaca untuk bungkusan susu segar.Kotak minuman menggunakan 85% papan kertas. Oleh itu,bahan yang digunakan adalah mesra alam dimana boleh dikitar semula. Kegunaan pembungkusan kotak minuman amat penting untuk mengekalkan jangka hayat minuman tersebut. Kotak minuman juga dapat melindungi daripada biological, fizikal, microbial, campuran kimia,wap air dan pencahayaan.Kajian akan dilakukan untuk mencari reka bentuk dan rekaan corak yang mampu menarik pengguna. Kajian ini akan merangkumi elemen yang harus terdapat dalam sesebuah minuman kotak seperti penggunaan warna, tipografi dan imej yang sesuai. Kajian ini penting untuk menggalakkan penggunaan produk yang berasaskan susu kambing sebagai minuman susu berkhasiat kedua terbaik selepas susu ibu. Tanpa ketiadaan pembungkusan susu kambing dalam bentuk kotak, industri kecil dan sederhana tidak akan dapat mengkomersialkan produk tersebut ke peringkat lebih tinggi.