Mandai : Makanan Tradisional Masyarakat Banjar di FELDA Gunung Besout 4, Sungkai, Perak
Mandai merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Banjar yang sering dianggap sebagai unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Isu-isu seperti kekurangan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan makanan tradisional, timbulnya rasa minat yang tipis dalam diri generasi muda serta k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Published: |
2019
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4436/ http://ftkw.umk.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mandai merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Banjar yang sering dianggap sebagai unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Isu-isu seperti kekurangan
modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan makanan tradisional, timbulnya rasa minat yang tipis dalam diri generasi muda serta kelambakan santapan moden menjadi ancaman terhadap budaya makanan tradisi sesebuah masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk mengetahui sejarah dan perkembangan Mandai sebagai makanan tradisional masyarakat Banjar di Malaysia, mengenalpasti penyediaan Mandai dan juga mengkaji sejauh mana penerimaan masyarakat tempatan dalam konteks sosial di FELDA Gunung Besout 4, Sungkai, Perak. Penyelidikan ini telah dilengkapkan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu Kualitatif dan juga Kuantitatif. Hasil kajan menunjukkan bahawa masyarakat Banjar telah berakar umbi dari keturunan Melayu di Kalimantan, Indonesia dan hidangan luar biasa ini dipercayai menyimpan sejarah tersendiri selaras dengan konsep Fungsionalisme. Kewujudan Mandai memainkan peranan penting dalam mengikat talian hubungan yang kukuh sesama mereka yang terdiri daripada suku etnik Melayu, Banjar dan Jawa yang telah
hidup secara bersama dan melalui fasa asimilasi budaya yang halus. Makanan tradisi sesebuah masyarakat Warisan Tidak Ketara seperti perlulah dipelihara untuk golongan
pelapis warisan dalam merentas zaman teknologi yang serba canggih ini. |
---|