Tahap amalan pengajaran Iqra’ guru pendidikan Islam pendidikan khas pendengaran.

Data e-pelaporan j-QAF pada setiap tahun menunjukkan tahap bacaan iqra' dalam kalangan murid pendidikan khas tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, walaupun program tersebut telah dilaksanakan lebih 10 tahun. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan amalan pengaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hifzan Mat Hussin
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14063/1/HIFZAN%20BINTI%20MAT%20HUSSIN%20E20D0158F.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14063/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Data e-pelaporan j-QAF pada setiap tahun menunjukkan tahap bacaan iqra' dalam kalangan murid pendidikan khas tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, walaupun program tersebut telah dilaksanakan lebih 10 tahun. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan amalan pengajaran guru, namun amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkaitan dengan pengajaran iqra' pendidikan khas kurang dijalankan, terutamanya bagi murid bermasalah pendengaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPIPK) dalam pengajaran iqra' kepada murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran di Kelantan. Kajian ini memilih kaedah kajian kualitatif secara kajian kes dan pensampelan secara bertujuan melibatkan tujuh orang peserta sebagai informan daripada tiga buah sekolah di Kelantan. Secara keseluruhan dapatan kajian telah menemui lapan tema utama bagi menjawab tiga persoalan kajian. Tema-tema tersebut adalah pengetahuan permulaan pengajaran, pengetahuan perkembangan pengajaran, pengetahuan penutup pengajaran, kemahiran sebelum pengajaran, kemahiran semasa pengajaran, kemahiran selepas pengajaran, cabaran dalaman dan cabaran luaran. Kajian ini memberi manfaat kepada GPIPK, pihak pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pendidikan Islam dalam usaha menambah baik pengajaran GPIPK serta sebagai sumber rujukan bagi cadangan kajian masa depan.