Tahap penghayatan akhlak tasawuf dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin di sekolah aliran agama daerah Bachok Kelantan

Masalah disiplin yang melibatkan pelajar dari sekolah aliran agama yang telah diterapkan dengan nilai-nilai keimanan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penghayatan akhlak tasawuf pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin di sekola...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Zamri Ali
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13368/1/MOHAMAD%20ZAMRI%20ALI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13368/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah disiplin yang melibatkan pelajar dari sekolah aliran agama yang telah diterapkan dengan nilai-nilai keimanan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penghayatan akhlak tasawuf pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah aliran agama dalam daerah Bachok, Kelantan. Kajian ini ialah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik.Sebanyak lima buah sekolah menengah agama yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sebuah sekolah menengah agama kluster, dua buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), dan dua buah sekolah menengah agama di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 53 orang. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis secara berkomputer menggunakan perisian „Statistical Package for the Sosial Sciences‟ versi 21 bagi mendapatkan jumlah peratus, min, dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan akhlak pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilaian min= 2.96, manakala dapatan tahap penghayatan akhlak tasawuf pula berada pada tahap tinggi dengan nilaian min=4.40. Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pendidikan kerohanian adalah pilihan yang sesuai diguna pakai bagi mengatasi permasalahan disiplin pelajar.