Reka bentuk modul latihan perkembangan profesional guru dalam persekitaran pembelajaran maya / Zahri Ramlan

Latihan VLE dipilih dalam kajian ini kerana teguran yang telah diberikan oleh Ketua Audit Negara (2013). Kos pembiayaan yang ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Projek 1BestariNet VLE ini adalah tinggi namun impaknya adalah rendah. Objektif utama kajian ini ialah untuk 1). Mengenal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zahri, Ramlan
Format: Thesis
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/8474/1/All.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8474/6/zahri.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8474/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan VLE dipilih dalam kajian ini kerana teguran yang telah diberikan oleh Ketua Audit Negara (2013). Kos pembiayaan yang ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Projek 1BestariNet VLE ini adalah tinggi namun impaknya adalah rendah. Objektif utama kajian ini ialah untuk 1). Mengenalpasti masalah dan keperluan latihan VLE sedia ada kepada Penyelaras VLE dan guru, 2). Menghasilkan reka bentuk modul latihan VLE berdasarkan pendapat pakar, 3). Melaksanakan latihan VLE berdasarkan modul latihan Model Perkongsian Mental dan Pengurusan Pengetahuan di sekolah, 4).Membuat penilaian terhadap penggunaan VLE sebelum dan selepas latihan, 5). Membuat penilaian terhadap kualiti kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam site VLE. Reka bentuk penyelidikan ini berdasarkan Design Base Research (DBR). Modul latihan dibangunkan menggunakan dua model iaitu Model Pengurusan Pengetahuan dan Perkongsian Mental. Lima jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Apprisal Tools for Growth and Development Rubric (ATPGDR), Applied Congnitive Task Analysis (ACTA), Quality Matter (QMS), Analisis Log Penggunaan dan Senarai Semak Kualiti Interaktif VLE. Hasil kajian mendapati penglibatan pentadbir sebagai pemimpin instruksional adalah penting semasa sesi latihan untuk memastikan keberkesanannya. Modul latihan yang baik perlu ada penglibatan daripada pakar dalam bidang tersebut. Modul latihan menggunakan pendekatan Model Perkongsian Mental dan Pengetahuan membantu meningkatkan penggunaan VLE di sekolah. Pembinaan laman PdP yang berkualiti dalam site VLE perlu dipertingkatkan oleh guru-guru mata pelajaran teras. Pada masa hadapan pembinaan modul latihan perlu memberikan tumpuan kepada perkongsian mental dan pengetahuan secara kolaboratif antara pentadbir, guru dan murid-murid di sekolah.