Faktor penentu kepada kepuasan anggota terhadap kualiti perkhidmatan pasukan pengendali pergerakan cartar udara Angkatan Tentera Malaysia / Mah Hasan Mat

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain kerana diwujudkan untuk waktu peperangan (war time organisation) dan di tempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh pelusuk negara dari Perlis hingg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mah Hasan, Mat
Format: Thesis
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6219/1/Part_1_Kerta_Projek_Mej_Mahasan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6219/2/Part_2_Kertas_Projek_Mej_Mahasan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6219/3/Tajuk_Kertas_Projek_Mej_Mahasan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6219/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah organisasi yang unik jika dibandingkan dengan organisasi/badan-badan beruniform yang lain kerana diwujudkan untuk waktu peperangan (war time organisation) dan di tempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh pelusuk negara dari Perlis hinggalah ke Sabah. Kedudukan penempatan yang strategik ini memerlukan perancangan yang teliti dan efisen bagi menentukan semua anggota dapat diaturgerakkan dengan cepat dan pantas. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisa tahap kualiti perkhidmatan pasukan pengendali pergerakan cartar udara ATM sama ada menepati kepuasan kepada anggota. Kajian ini juga untuk mengenalpasti kepuasan anggota yang menerima perkhidmatan ini. Oleh itu, isu yang menjadi persoalan yang perlu di jawab dalam kajian ini: Apakah dimensi kualiti perkhidmatan yang menjadi penentu utama yang membawa kepada kepuasan sebagaimana yang diterima oleh anggota. Kajian ini amat bernilai kepada Tentera Darat kerana menganalisa pemasalahan sedia ada yang seringkali menimbulkan banyak rungutan dikalangan anggota terhadap perkhidmatan yang diberikan. Ia boleh memberi impak yang cukup berkesan. Oleh itu, kajian selanjutnya perlu dijalankan dan penumpuan diberi kepada faktor-faktor baru yang mungkin muncul daripada perspektif yang berbeza.