Ketidaksantunan bahasa dalam ruangan balas akaun Twitter Dato’ Seri Najib Razak / Mohd Asyraf Abdul Rahman
Kepesatan penggunaan komunikasi berasaskan komputer atau ‘computer-mediated communication’ (CMC) merangkumi pelbagai jenis perbualan termasuklah perbualan berkenaan politik yang memberi ruang kepada pengguna untuk menyampaikan fahaman politik di pelbagai medium media sosial terutama Twitter. Oleh it...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15287/2/Mohd_Asyraf.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15287/1/Mohd_Asyraf.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15287/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepesatan penggunaan komunikasi berasaskan komputer atau ‘computer-mediated communication’ (CMC) merangkumi pelbagai jenis perbualan termasuklah perbualan berkenaan politik yang memberi ruang kepada pengguna untuk menyampaikan fahaman politik di pelbagai medium media sosial terutama Twitter. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi ketidaksantunan konvensional yang terdapat dalam ruangan balas akaun Dato Seri Najib Razak dan bagaimana ia direalisasikan. Sebanyak 345 balas telah dianalisa secara deskriptif menggunakan kerangka teori formula ketidaksantunan konvensional Culpeper (2011) untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh pengguna Twitter sewaktu 7 hari sebelum berlangsungnya pilihan raya yang ke-14. Hasil kajian mendapati semua strategi ketidaksantunan Culpeper (2011) telah dapat dikenal pasti kecuali penguatkuasa mesej dan ancaman manakala strategi penghinaan, soalan / pra-andaian yang mencabar serta kritikan / aduan tajam mempunyai kekerapan 3 tertinggi. Terdapat juga strategi ketidaksantunan baru yang lain seperti penggunaan gestur verbal yang merujuk kepada perbuatan meludah iaitu ‘pui’ serta strategi penghinaan dan pengusiran yang bersifat bukan peribadi. Selain itu, penggunaan istilah ‘budak’ dan ‘tipu’ merupakan antara perkataan yang kerap digunakan untuk merealisasikan strategi ketidaksantunan perendahan martabat dan penghinaan. Secara ringkasnya, pengkaji mendapati pengguna Twitter secara umunya bersifat terbuka dalam memberi balas yang tidak santun terhadap Dato Seri Najib Razak apatah lagi berkenaan isu 1MDB yang banyak digunakan sebagai rujukan negatif yang tidak santun dalam balas.
|
---|