Penilaian guru terhadap penggunaan modul murid asas 1 numerasi program LINUS 2.0 di kelas pemulihan khas / Norliza Ismail
Kajian ini bertujuan untuk melihat penilaian guru terhadap penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 di kelas pemulihan. Isu dan permasalahan kajian ini berkaitan dengan masalah murid tidak menguasai numerasi setelah tiga tahun pembelajaran di sekolah rendah. Jadi, kajian tinjauan t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/15131/1/Norliza.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15131/2/Norliza_Ismail.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15131/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat penilaian guru terhadap penggunaan Modul Murid
Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 di kelas pemulihan. Isu dan permasalahan
kajian ini berkaitan dengan masalah murid tidak menguasai numerasi setelah tiga
tahun pembelajaran di sekolah rendah. Jadi, kajian tinjauan tentang penggunaan
Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 telah dilaksanakan. Kajian ini
melibatkan 110 orang guru pemulihan khas sekolah rendah di Melaka. Dapatan
kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru
pemulihan khas. Data dikumpulkan secara deskriptif menggunakan perisian SPSS.
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan bahawa kandungan
Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 adalah sangat memberi impak
kepada pencapaian murid LINUS2.0. Melalui ujian ANOVA, terdapat hubungan
yang signifikan antara penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program
LINUS2.0 dengan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Modul Murid
Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0, penguasaan konstruk saringan LINUS2.0,
penguasaan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dan
semakan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dengan jantina guru
LINUS2.0. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara penggunaan Modul Murid
Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0, penguasaan konstruk saringan LINUS2.0 dan
penguasaan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dengan
jawatan guru LINUS2.0. Implikasi kajian ini ialah guru-guru perlu diperlengkapkan
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang tinggi bagi memastikan
program LINUS2.0 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif untuk
meningkatkan kadar numerasi di sekolah rendah.
|
---|