Faktor yang mempengaruhi kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik murid tahun empat dalam nombor pecahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Lim Wee Pu

Perwakilan matematik telah mula diberi perhatian lalu menjadi salah satu proses utama yang perlu dikuasai oleh murid. Hal ini kerana perwakilan merupakan satu elemen baharu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada faktor jantina murid dan tahap p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim , Wee Pu
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15055/1/Lim_Wee_Pu.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15055/2/Lim_Wee_Pu.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15055/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perwakilan matematik telah mula diberi perhatian lalu menjadi salah satu proses utama yang perlu dikuasai oleh murid. Hal ini kerana perwakilan merupakan satu elemen baharu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada faktor jantina murid dan tahap pencapaian matematik murid mempengaruhi kebolehan murid tahun empat dalam perwakilan ikonik dan simbolik tentang nombor pecahan serta interaksi antara kedua-dua faktor tersebut. Untuk menjawab tiga soalan kajian ini, reka bentuk kajian perbandingan punca dan kajian faktorial telah digunakan. 596 orang murid tahun 4 (293 lelaki, 303 perempuan) daripada 5 buah sekolah dengan menggunakan pensampelan kluster dua tahap mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen Ujian Kebolehan Perwakilan Simbolik dan Ikonik telah digunakan untuk mengukur kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik tentang nombor pecahan. Keputusan ujian t tidak bersandar menunjukkan perbezaan di antara skor ujian kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik murid lelaki (M = 15.36) dengan skor ujian kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik murid perempuan (M = 15.01) adalah tidak signifikan pada t (594) = 1.113, p = .27, manakala keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan perbezaan di antara skor ujian kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik bagi murid tahap pencapaian matematik yang tinggi (M = 18.43), tahap pencapaian matematik yang sederhana (M= 14.85) dan tahap pencapaian matematik yang rendah (M = 12.25) adalah signifikan pada F (2, 593) = 219.80, p < .001. Keputusan ujian ANOVA dua hala menunjukkan tidak terdapat interaksi yang signifikan antara faktor jantina murid dan faktor tahap pencapaian matematik murid terhadap min skor ujian kebolehan perwakilan ikonik dan simbolik pada F (2, 590) = 1.02, p = .362. Kesimpulannya, keputusan kajian ini penting untuk pengamal pendidikan dan pembuat dasar untuk melihat kembali kurikulum dan mungkin menyemak semula amalan dan pengajaran bagi mengembangkan pemahaman konseptual yang lebih tinggi dalam kalangan kepada murid sekolah rendah melalui proses perwakilan matematik.