Pantun Melayu ala Rusia

Pantun Melayu datang ke Rusia melalui Eropah pada akhir kurun ke-XIX. Kebetulan pada masa itu di Rusia ada aliran sastera Abad Keperakan yang mencari bentuk dan irama baru untuk: puisi. Mereka tertarik akan pantun dan menggunakan struktur pantun Melayu itu dalam puisinya. Antara mereka ialah Valery...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Pogadev, Victor, Pogadaeva, Anna
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/25023/1/Pantun%20Melayu%20ala%20Rusia.pdf
http://eprints.um.edu.my/25023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pantun Melayu datang ke Rusia melalui Eropah pada akhir kurun ke-XIX. Kebetulan pada masa itu di Rusia ada aliran sastera Abad Keperakan yang mencari bentuk dan irama baru untuk: puisi. Mereka tertarik akan pantun dan menggunakan struktur pantun Melayu itu dalam puisinya. Antara mereka ialah Valery Bryusov (1873-1924), Adelina Adalis (1900-1969), Nikolay Gumilyev (1986-1921) dU. Pengajian ilmiah pantun Melayu ditaja oleh A.N. Veselovsky (1838-1906) dan disambungkan oleh Lyudmila Mervart(1888-1965), Boris Pamickel, Vladimir Braginsky. Beberapa pengkaj i melihat cm-ciri persarnaam antara pantWl Melayu dan bentuk folklore Rusia "chastushka" yang kebetulan juga terdiri dari empat barisan dan mempunyai struktur harnpir sarna (sampiran dan isi). Pantun Melayu ialah popular di Rusia sampai kini. Pada tahun 1996 dalam antologi puisi tradisional dan moden Melayu Ruchei (Sumur di Ladang) termuat terjemahan 69 pantun. Beberapa penyair moden Rusia juga tertarik kepada pantun dan menciptakan puisinya dengan menggunakan irama pantun. Misalnya Svetlana Gorshunova (19742001) mempunyai puisi berjudul Pantun. Malaysky Stikh (Pantun. Puisi Melayu). Kadang-kadang penyebutan pantun ditemui dalam karya prosa juga. Dalam cereka sains Vlastelin Mira (Penguasa Dunia) oleh Nikolai Dashkiev ada episod kematian seorang hero utama. Jadi temannya meratapinya dan berkata: "Kau mati sebelum negara kita bebas, tetapi dalam bakal kemenangan kita ada sumbangan kau juga dan ibu-ibu Melayu akan menyanyikan pantun tentang keberanian kau ... ". Bukankah itu ialah bukti nyata tersebamya pengetahuan tentang pantun di Rusia.