Isu-isu halal dalam produk berasaskan daging

Daging merupakan salah satu makanan yang memberi sumber protein utama kepada manusia. Namun, dengan perkembangan teknologi makanan yang kian pesat didalam penghasilan produk berasaskan daging yang diproses dan tidak diproses telah menimbulkan isu-isu berkaitan halal dan haram. Pemalsuan dan penip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Afiqah, S., Mohd Anuar, R.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14745/1/0001.pdf
http://eprints.um.edu.my/14745/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daging merupakan salah satu makanan yang memberi sumber protein utama kepada manusia. Namun, dengan perkembangan teknologi makanan yang kian pesat didalam penghasilan produk berasaskan daging yang diproses dan tidak diproses telah menimbulkan isu-isu berkaitan halal dan haram. Pemalsuan dan penipuan produk daging menimbulkan kegusaran kepada para pengguna terutamanya pengguna Muslim. Isu-isu lain seperti daging tiruan, daging binatang buas, daging binatang haram, daging yang disalah label, daging yang dicemari mineral berisiko, daging yang mengandungi bakteria dan virus yang berisiko serta racun yang memudaratkan. Oleh itu, penggunaan teknologi autentikasi halal sedikit sebanyak membantu menangani isu yang berbangkit serta membantu para ulama dalam memberi hukum dengan lebih tepat berkaitan isu berkenaan. Kajian ini membincangkan tentang isu-isu halal dalam produk berasaskan daging berserta teknologi autentikasi halal yang telah digunakan dalam membuat pengesahan halal. Selain itu, pandangan dari Islam juga dikemukakan dalam menyelesaikan berkaitan isu berkenaan. Bagi mencapai objektif, pengkaji telah membuat sorotan literatur yang berkaitan isu halal dalam produk berasaskan daging serta teknologi autentikasi yang telah digunakan dalam menyelesaikan isu berkenaan. Pandangan ulama juga diteliti bagi menentukan halal haram dalam sesuatu produk. Sehubungan itu, satu garis panduan Islam yang berkaitan dengan daging dapat dihasilkan dan digunakan oleh pengguna Muslim dalam proses memilih daging halal serta pengusaha produk daging dalam menghasilkan daging halal.