Aplikasi pendekatan holistik dalam pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah

Kurikulum pendidikan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu diajar secara bersepadu bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan kebangsaan Akan tetapi, kajian lalu mendapati pengajaran Bahasa Melayu masih diajar secara dikotomi dan terlalu memberi fokus kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Z., Othman, A.J.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13571/1/0001.pdf
http://eprints.um.edu.my/13571/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum pendidikan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu diajar secara bersepadu bagi memenuhi keperluan falsafah pendidikan kebangsaan Akan tetapi, kajian lalu mendapati pengajaran Bahasa Melayu masih diajar secara dikotomi dan terlalu memberi fokus kepada pengetahuan bahasa semata-mata. Oleh sebab itu, kertas kerja ini akan mengetengahkan satu strategi pengajaran yang diharapkan dapat memupuk potensi diri pelajar secara menyeluruh dan seimbang melalui tiga prinsip utama pendekatan ini, iaitu keseimbangan, perkaitan tranformasi. Pendekatan ini diaplikasikan di bilik darjah melalui empat strategi utama iaitu (1) pengajaran secara konteks dan natural, (2) pengajaran secara bertema, (3) keseimbangan antara pengetahuan dan kecekapan berbahasa, dan (4) pemupukan unsur kemanusiaan dan kerohanian (jiwa) melalui aktiviti dan bahan bantu mengajar bagi mengaplikasikan modul ini di bilik darjah, sembilan modul telah dibangun dan dinilai bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaannya sebelum dilaksanakan di lapangan. Sekumpulan peserta kajian dilibatkan dalam kajian ini. Penglibatan mereka dilakukan berdasarkan keperluan fasa pembangunan modul ini. Data yang dikumpulkan daripada pemerhati temu bual separa struktur, bukti dokumen, dan komen peserta kajian dianalisis bagi mendapatkan data tentang kekuatan dan kelemahan modul ini. Dapatan kajian mendapati modul ini boleh dilaksanakan dan dapat memupuk potensi diri pelajar secara menyeluruh di samping meningkat kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar.