Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui platform media sosial / Noor Afzaliza Nazira Ibrahim … [et al.]
Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan kemunculan pelbagai platform bagi penggunaan untuk pelbagai tujuan seperti berkomunikasi, membeli belah serta tempahan atas talian untuk pelancongan. Aspek pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada komponen yang turut menggunaka...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Communication & Media Studies
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97626/1/97626.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/97626/ https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ejoms |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan kemunculan pelbagai platform bagi penggunaan untuk pelbagai tujuan seperti berkomunikasi, membeli belah serta tempahan atas talian untuk pelancongan. Aspek pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada komponen yang turut menggunakan platform media dan komunikasi sebagai alat bantu dalam penyampaian maklumat kepada khalayak sasaran yang secara amnya terdiri daripada para pelajar di institusi pendidikan. Kajian preliminari ini bermatlamatkan untuk meneliti penggunaan, keberkesanan serta penerimaan platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh tenaga pengajar di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka berbanding kaedah PdP secara bersemuka. Sejumlah 237 orang responden yang terdiri daripada pelajar dalam empat program di Fakulti ini direkrut melalui penggunaan kaedah pensampelan mudah. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa platform ini sememangnya menjadi ruang berguna dalam pembelajaran melalui bahan berkaitan di samping mekanisme visual yang menjadi tarikan kepada pengguna medium ini. Secara keseluruhannya, inovasi PdP melalui penggunaan platform media sosial mempunyai keberkesanan dan penerimaan yang tinggi dalam kalangan responden. Kajian ini ternyata memberikan sumbangan signifikan dalam aspek bidang pengetahuan komunikasi dan pendidikan di mana turut membantu dalam kebolehcapaian salah satu Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu pendidikan berkualiti. |
---|