AKNC 2022 Universiti Teknologi Mara (Perlis): penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan

Kepimpinan yang cekap, telus dan berpandangan jauh merupakan komponen utama dalam menentukan kecemerlangan pengurusan sesebuah organisasi. Kepimpinan UiTMPs dibentuk melalui dua lapisan atau strata pengurusan utama iaitu Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kampus dan Pengurusan Kanan Kampus. Selari de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM,, Universiti Teknologi Mara (Perlis)
Format: Book
Language:English
Published: Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95919/1/95919.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95919/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan yang cekap, telus dan berpandangan jauh merupakan komponen utama dalam menentukan kecemerlangan pengurusan sesebuah organisasi. Kepimpinan UiTMPs dibentuk melalui dua lapisan atau strata pengurusan utama iaitu Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kampus dan Pengurusan Kanan Kampus. Selari dengan agenda pemantapan Myra, kampus tersohor, kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan, pengurusan Eksekutif UiTMPs telah memilih Penyelidikan, Penerbitan dan Pengkomersilan sebagai bidang tumpuan untuk laporan AKNC 2021. Bagi memastikan setiap inisiatif strategik dilaksanakan dengan jayanya, bahagian PJIM&A telah mewujudkan empat unit iaitu i. pengurusan penyelidikan, ii. penerbitan dan kecemerlangan, iii. pengurusan inovasi kepakaran dan iv. Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN). Strategic Action Plan 2021 telah dibincangkan dan sebanyak 17 program telah dirangka untuk memastikan setiap pencapaian indek tercapai. Ini selaras dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program berbentuk penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan sepanjang tahun 2021. Pecahan jumlah keseluruhan aktiviti Penyelidikan, Penerbitan dan Pengkomersilan yang direkodkan sepanjang tahun 2021 ialah sebanyak 50 program melibatkan semua unit dibawah PJIM&A. Selain itu, penulisan bersama dengan penulis industri dan antarabangsa juga telah dipergiatkan serta beberapa siri webinar juga telah dijalankan melibatkan nasional, antarabangsa, alumni dan komuniti. Konferensi International Conference on Solid State Science and Technology (ICSSST2021), i-IDeA2020 bersama rakan strategi Persatuan Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) juga telah dijalankan secara atas talian bagi meningkatkan penerbitan kampus UiTM Cawangan Perlis. Program-program ini bertujuan menambahbaik bidang kepakaran dalam penyelidikan, penerbitan dan sekaligus pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta geran penyelidikan yang diperolehi. Terdapat beberapa pemantauan dibuat bagi penyelidikan dan penerbitan bagi memastikan performance indek kampus tercapai. Antaranya adalah pemantauan progress geran dalaman dan penulisan berindeks mycite, scopus dan WoS serta penerbitan lain-lain. Untuk menggalakkan para pensyarah mengembeling tenaga untuk bersama-sama memastikan setiap rancangan tercapai, beberapa usaha telah dibuat dan antaranya adalah dengan mewujudkan i. geran dalaman komuniti dan geran sepadan antarabangsa, ii. insentif pembudayaan penyelidikan, penerbitan, inovasi, harta intelek, penulisan buku dan RIG dan iii. bank kertas kerja penyelidikan. Selain itu, majlis penghargaan semarak sanjung juga diadakan bagi menghargai segala sumbangan penulis dan penyelidik akademik yang telah mencapai prestasi yang baik. Ini ternyata terbukti dengan pencapaian perolehan geran antarabangsa dan nasional terbanyak di peringkat kampus cawangan serta kejayaan mencapai performance index penerbitan berimpak tinggi serta berindeks (scopus/wos/myra dan lain-lain). Pemantauan geran penyelidikan akan ditambahbaik dengan memantau progress geran dalaman, antarabangsa, nasional dan industri serta sekaligus taklimat pengurusan geran penyelidikan secara berterusan akan tercapai.