Kesilapan dalam langkah penyelesaian logaritma / Siti Balqis Mahlan ... [et al.]

Pelajar-pelajar sering menghadapi cabaran dalam menyelesaikan langkah kerja logaritma, di mana kesilapan-kesilapan tertentu sering kali muncul semasa mengaplikasikan langkah-langkah penyelesaian. Salah satu kesilapan umum yang sering ditemui adalah keliru dalam mengenal pasti peraturan-peraturan log...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahlan, Siti Balqis, Shamsuddin, Maisurah, Hamat, Muniroh, Alias, Fadzilawani Astifar, Ahmad, Nurhafizah
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan JSKM 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94449/1/94449.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94449/
https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar-pelajar sering menghadapi cabaran dalam menyelesaikan langkah kerja logaritma, di mana kesilapan-kesilapan tertentu sering kali muncul semasa mengaplikasikan langkah-langkah penyelesaian. Salah satu kesilapan umum yang sering ditemui adalah keliru dalam mengenal pasti peraturan-peraturan logaritma asas, seperti hukum logaritma, yang boleh menyebabkan kesilapan dalam mempermudahkan persamaan logaritma. Selain itu, pelajar juga cenderung keliru dalam menukar antara bentuk logaritma dan bentuk eksponen, yang boleh memberi impak besar terhadap kefahaman terhadap soalan yang diberikan. Kajian kes ini melibatkan seramai 29 orang pelajar yang mengambil subjek asas matematik di peringkat pra-diploma perdagangan. Data yang diambil ini merupakan markah bagi ujian yang merangkumi topik logaritma. Berdasarkan analisa deskriptif, didapati min markah keselruhan yang diperolehi adalah agak rendah iaitu sebanyak 57.9%. Secara tidak langsung ini menggambarkan terdapat banyak kesilapan semasa melakukan jalan kerja bagi topik logaritma. Kajian ini diharap dapat membantu pendidik untuk memberi panduan kepada pelajar-pelajar akan datang bagi mengatasi kesilapan yang berulang dan memperbaiki konsep-konsep logaritma secara lebih efektif.