Persona seni ukiran Melayu Terengganu / Amira Fazira Shaifuddin ... [et al.]

Kajian ini menganalisis tentang keindahan seni Ukiran Melayu yang telah menjadi satu fenomena pada zaman dahulu. Hal ini kerana ia dianggap sebagai satu identiti kepada sesebuah bangsa. Motifnya yang berasaskan flora, fauna serta kaligrafi tulisan Arab dan jawi telah menjadi pilihan Raja-raja Melayu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shaifuddin, Amira Fazira, Yahya, Nur Farisha, Wan Abdullah, Wan Abdul Malek, Nik Ariffin, Nik Azliza
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92416/1/92416.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92416/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis tentang keindahan seni Ukiran Melayu yang telah menjadi satu fenomena pada zaman dahulu. Hal ini kerana ia dianggap sebagai satu identiti kepada sesebuah bangsa. Motifnya yang berasaskan flora, fauna serta kaligrafi tulisan Arab dan jawi telah menjadi pilihan Raja-raja Melayu terdahulu untuk memperlihatkan keunikan seni ukiran tersebut pada rumah kediaman, anjung serta pintu besar di istana. Kehalusan seni ukiran yang dipamerkan telah menjadi satu titik permulaan dalam mengembangkan serta menghidupkan suasana seni ukiran dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun begitu, pengukir-pengukir menghadapi cabaran dalam mengukir ukiran selaras dengan “trend” semasa tanpa mengubah asas tradisi ukiran kayu Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa seni ukiran Melayu masih dipraktikkan oleh pengukir-pengukir dengan menggunakan motif yang relevan dengan nilai komersial serta permintaan daripada masyarakat. Malahan, perbezaan antara Seni Ukir Melayu Tradisional dan seni Ukir Melayu Kontemporari juga memainkan peranan dalam memenuhi permintaan semasa.