PPIM / Rayner Tangkui

Kemahiran mendarab pecahan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi menyediakan asas yang kukuh bagi menguasai kemahiran matematik yang lebih kompleks serta membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Namun demikian, terdapat murid yang masih tidak menguasai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tangkui, Rayner
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85800/1/85800.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85800/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran mendarab pecahan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi menyediakan asas yang kukuh bagi menguasai kemahiran matematik yang lebih kompleks serta membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Namun demikian, terdapat murid yang masih tidak menguasai kemahiran mendarab pecahan dengan baik, terutama mendarab pecahan wajar dengan penyebut hingga 10. Ini telah memberi kesan kepada keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban pecahan, menjejaskan pencapaian dan bilangan murid lulus dalam ujian pra serta menyebabkan murid tidak berminat untuk mengikuti PdP pendaraban pecahan. Justeru, PPIM, iaitu akronim bagi Pakej Pembelajaran Interaktif MineEdu, merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan pengintegrasian permainan digital Minecraft versi pendidikan (Minecraft Education) dengan YouTube yang berperanan sebagai intervensi bagi meningkatkan kemahiran murid mendarab pecahan, meningkatkan pencapaian dan bilangan murid lulus dalam ujian pasca serta meningkatkan minat murid terhadap PdP pendaraban pecahan. Inovasi ini telah dibangunkan berpandukan pendekatan Design Thinking yang melibatkan peringkat empati, takrif, sumbangsaran, prototaip dan uji. Penggunaan PPIM telah meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan pendaraban pecahan, mentransformasi amalan PdP guru serta meningkatkan minat murid terhadap PdP pendaraban pecahan.