Transkrip temubual bersama YM Raja Hassan bin Raja Atan: pengkisah sejarah tempatan pembukaan Kampung Tebing Tinggi / Muhammad Khusairie Razali and Danial Aliff Najmi Mohd Azrul

Transkrip ini mengandungi rakaman temubual mengenai sejarah lisan sejarah pembukaan Kampung Tebing Tinggi yang terletak di Pekan Jementah, Daerah Segamat. Tokoh yang ditemubual adalah bernama YM Raja Hassan Bin Raja Atan. Beliau merupakan seorang pengkisah sejarah lisan bagi Kampung Tebing Tinggi. B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Razali, Muhammad Khusairie, Danial Aliff Najmi, Danial Aliff
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Johor 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82990/1/82990.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82990/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini mengandungi rakaman temubual mengenai sejarah lisan sejarah pembukaan Kampung Tebing Tinggi yang terletak di Pekan Jementah, Daerah Segamat. Tokoh yang ditemubual adalah bernama YM Raja Hassan Bin Raja Atan. Beliau merupakan seorang pengkisah sejarah lisan bagi Kampung Tebing Tinggi. Beliau telah berkongsi tentang sejarah pembukaan Kampung Tebing Tinggi yang mempunyai pelbagai kisah, tauladan dan juga pengajaran. Pendokumentasian daripada sesi temubual ini akan membantu dalam merungkai sejarah bagaimana wujudnya kampung yang bernama Tebing Tinggi di Daerah Segamat. Soalan-soalan yang disediakan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama soalan mengenai latar belakang kampung dan bahagian kedua merupakan soalan tentang ancaman Komunis di Kampung Tebing Tinggi. Semua soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan kajian sejarah lisan pembukaan Kampung Tebing Tinggi dan tokoh itu sendiri. Sesi temubual dijalankan selama 40 minit pada tarikh 8 Julai 2023 bertempat di beranda rumah YM Raja Hassan. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan agar masyarakat Malaysia terutama dalam golongan muda dan generasi akan datang dapat mengenali asal usul pembukaan Kampung Tebing Tinggi supaya tidak dilupakan oleh generasi terkini.