Tahap pengetahuan guru pelatih mempengaruhi kekerapan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu / Nur Farzana Abdul Mutalib, Nor Aziah Abd. Aziz and Fauziah Hanim Md Yusof
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mengenal pasti kekerapan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa praktikum oleh guru pelatih dan menentukan hubungan antara tahap pengetahuan KBAT dengan k...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82075/1/82075.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82075/ https://irole-uitm.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mengenal pasti kekerapan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa praktikum oleh guru pelatih dan menentukan hubungan antara tahap pengetahuan KBAT dengan kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP subjek Bahasa Melayu semasa praktikum oleh guru pelatih. Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dan inferensi dengan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 114 orang guru pelatih unit V bidang teras Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI). Dapatan data yang dikumpul daripada instrumen borang soal selidik telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27 bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai manakala data dianalisis secara inferensi bagi mendapatkan nilai pekali korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih mengenai KBAT berada pada tahap yang tinggi apabila skor min ialah 4.08 dan sisihan piawai ialah 0.49. Kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP oleh guru pelatih semasa praktikum juga berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.78 dan sisihan piawai 0.57. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan yang sangat kuat antara tahap pengetahuan guru pelatih dengan kekerapan pelaksanaan KBAT dalam PdP semasa praktikum oleh guru pelatih dengan nilai r = 0.706 dan nilai p = 0.001. Implikasi kajian ini ialah guru pelatih dapat bersedia untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing mengenai KBAT dan cara melaksanakannya dalam PdP melalui kursus-kursus berkaitan KBAT. Oleh itu, kemahiran berfikir dalam kalangan murid di Malaysia dapat dipertingkatkan sekali gus menyumbang kepada perkembangan sistem pendidikan negara. |
---|