Variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam kontemporari / Amirul Ridzuan Mohd Shafie and Muhammad Zulazizi Mohd Nawi

Kajian ini bertujuan melihat variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan variasi minat pelajar terhadap demografi pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan bantuan instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Pemilihan subjek k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shafie, Amirul Ridzuan, Mohd Nawi, Muhammad Zulazizi
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81307/1/81307.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81307/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan melihat variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan variasi minat pelajar terhadap demografi pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan bantuan instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Pemilihan subjek kajian pula dijalankan secara persampelan rawak mudah melibatkan 370 orang pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah terpilih, di sekitar dua zon utama dalam daerah Perak Tengah. Dapatan kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi, bagi menjawab persoalan kajian. Analisis deskriptif menjelaskan variasi minat pelajar terhadap subjek pendidikan Islam. Manakala analisis inferensi yang melibatkan Ujian-T dan Analisis Varian Sehala adalah bagi mencari perbezaan. Hasil kajian mendapati, variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, berada pada tahap sederhana tinggi; keterbukaan (M = 3.64, SP = 0.52), ketertarikan (M = 3.32, SP = 0.47), perhatian (M = 3.63, SP = 0.47), dan penglibatan (M = 3.34, SP = 0.51). Ujian T dan Analisis Varian Sehala pula membuktikan, terdapat perbezaan yang signifikan antara variasi minat pelajar dengan demografi mereka. Kesimpulannya, variasi minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam adalah baik, namun terdapat perbezaan variasi minat berdasarkan demografi pelajar.