Penerimaan penonton terhadap imej fotografi di dalam pengiklanan secara objektif / Nurin Kamilia Asfarizal and Nadzri Mohd Sharif

Pengiklanan adalah perlu dalam berkongsi maklumat dan orang ramai juga boleh berkomunikasi dengan memberikan pendapat mereka. Setiap iklan yang dipaparkan kepada tontonan umum akan menerima pelbagai pandangan dan persepsi yang berbeza. Mesej pengiklanan akan menjadi sukar atau mungkin tidak dapat di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asfarizal, Nurin Kamilia, Mohd Sharif, Nadzri
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80158/1/80158.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80158/
https://melaka.uitm.edu.my/ijad/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengiklanan adalah perlu dalam berkongsi maklumat dan orang ramai juga boleh berkomunikasi dengan memberikan pendapat mereka. Setiap iklan yang dipaparkan kepada tontonan umum akan menerima pelbagai pandangan dan persepsi yang berbeza. Mesej pengiklanan akan menjadi sukar atau mungkin tidak dapat difahami oleh khalayak sekiranya terdapat unsur yang berlebihan seperti teks, warna dan pencahayaan yang boleh membebankan mata penonton. Kebanyakan persepsi penonton lebih subjektif terhadap pengiklanan. Oleh itu, beberapa elemen dan tafsiran diperlukan untuk mengubah imej subjektif kepada objektif dengan memahami ciri-ciri mesej fotografi dalam pengiklanan dan meneliti tatabahasa visual dalam kandungan imej foto pengiklanan. Melalui proses kajian ini, ia akhirnya akan mempengaruhi tingkah laku dan sikap khalayak. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data dan persampelan juga dipilih mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan dan kategori status pekerjaan mereka bagi mendapatkan perspesi yang berbeza. Responden daripada tinjauan atas talian telah diberikan soalan yang bertujuan untuk mengetahui persepsi dan tafsiran mereka terhadap imej pengiklanan. Dapatan kajian ini mengandaikan bahawa khalayak akan lebih jelas tentang setiap pengiklanan yang berbeza dari segi cara penyampaian idea.Dan apakah dengan ciri-ciri yang ditunjukkan membantu dalam membezakan gambar yang subjektif dan objektif. Elemen yang unik dan tidak membebankan ditambah dengan beberapa ciri khas akan menjadikan gambar pengiklanan diingati oleh penonton.