Motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di dalam peningkatan pencapaian pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris / Noor Shah Saad and Rohaidah Masri

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan Mei 1999 yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan (Matematik) Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saad, Noor Shah, Masri, Rohaidah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73402/1/73402.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73402/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan Mei 1999 yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan (Matematik) Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di dalam peningkatan pencapaian mereka semasa di universiti. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar PKPG yang sedang berada di semester lima di UPSI. Seramai 126 orang pelajar telah memberi respond kepada soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan dan min.Kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar PKPG Ambilan Mei 1999 ini secara keseluruhannya mempunyai motivasi dalaman, motivasi daripada keluarga dan motivasi daripada rakan sebaya untuk mencapaikan kejayaan adalah tinggi tetapi motivasi daripada pensyarah supaya mereka berjaya adalah sederhana. Dari aspek persepsi mereka dalam penggunaan strategi dan gaya pembelajaran semasa di universiti adalah tinggi dalam usaha mereka untuk memahami bahan-bahan kuliah dan mendisplinkan diri semasa belajar tetapi dari aspek usaha mereka untuk memahami kuliah semasa pengajaran pensyarah, mengukuhkan kefahaman serta dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir adalah sederhana.