Pendekatan ijtihad dalam menangani gelagat pengurusan semasa: satu pandangan awal / Hasan Bahrom

Isu pengurusan selalunya dihubungkaitkan dengan manusia iaitu anggota yang mengendalikan sesuatu urusan. Pada praktiknya semimangnya begitu, di mana kelakuan pengurusan sesuatu organisasi atau institusi berkait rapat dengan tatakelakuan, emosi [ kecenderungan ] dan tahap pemikiran individu yang meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahrom, Hasan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73364/1/73364.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73364/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pengurusan selalunya dihubungkaitkan dengan manusia iaitu anggota yang mengendalikan sesuatu urusan. Pada praktiknya semimangnya begitu, di mana kelakuan pengurusan sesuatu organisasi atau institusi berkait rapat dengan tatakelakuan, emosi [ kecenderungan ] dan tahap pemikiran individu yang mengelolakannya. Pada kebiasaannya sekalipun struktur organisasi dan sistem pengurusan sesuatu organisasi mampan dan terkini, namun ianya tidak akan berfungsi sebagaimana adanya. Kalau pengendali pengurusan organisasi tidak dapat memfungsikannya mengikut tatanilai yang dikehendaki. Justeru itu akan wujudlah pandangan negatif masyarakat dalam pengurusan sesuatu organisasi seperti karenah birokrasi, salah guna kuasa, pilihkasih, ketidakadilan, menyukarkan, membebankan para pelangan, tidak cekap dan kompetan, sekalipun metrial organisasi pejabat itu sempurna dan lengkap. Elemen inilah yang mendorong para pengkaji pengurusan selalu melakukan pengubahsuaian terhadap teori, tatanilai sesuatu pengurusan dengan mencadangkan re engineering kepada sesuatu sistem pengurusan secara holestik. Kertas ini akan cuba menganalisa dan mengemukakan beberapa idea yang boleh diketogerikan sebagai salah satu jalan keluar atau kaedah yang boleh diguna pakai dalam menyelesaikan gelagat pengurusan yang sentiasa berubah dan berkembang mengikut aliran pemikiran dan suasana persekitaran yang melingkunginya. secara ringkas kertas ini akan membincangkan aspek-aspek yang berhubungan dengan kefahaman mengenai ijtihad, pengaruh ijtihad dalam pengurusan Islam dan keserasian ijtihad dalam sistem pengurusan semasa.