Minat terhadap keusahawanan: kajian kes 'business day' / Norulhuda Tajuddin … [et al.]

Usaha memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar di institut pengajian tinggi seluruh Malaysia telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Pelajar kini lebih berkeyakinan dalam menguruskan perniagaan mereka sendiri dengan hasil bantuan dan sokongan pihak universiti yang menyediakan pelbagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tajuddin, Norulhuda, Mohd Zaki, Suhanom, Asmui, Mas'udah, Zulkofli, Adhwa Zulhilmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68061/1/68061.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68061/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Usaha memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar di institut pengajian tinggi seluruh Malaysia telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Pelajar kini lebih berkeyakinan dalam menguruskan perniagaan mereka sendiri dengan hasil bantuan dan sokongan pihak universiti yang menyediakan pelbagai program sokongan keusahawanan. Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mengadakan satu acara yang dikenali sebagai "Business Day" bagi pelajar yang mengambil kursus Creative and Critical Thinking (MGT315). Dalam acara ini para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki menjual pelbagai barangan dalam tempoh sehari. Melalui usaha ini para pelajar mendapat pendedahan dalam menguruskan perniagaan termasuk pemasaran, pemilihan produk dan kewangan sebagai pengalaman sebenar dan peratusan kecil di ambil dari jualan untuk disumbangkan kepada Projek Iqra'. Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji perilaku dan persepsi pelajar terhadap acara Business Day dan kursus MGT315. Kesemua pelajar yang mendaftar subjek ini adalah diambil sebagai responden dan soal selidik yang dirangka khusus untuk kajian kes ini digunakan sebagai kaedah penyelidikan. Kajian statistik ringkas digunakan untuk menerangkan tingkahlaku dan persepsi pelajar terhadap acara jualan ini dan juga subjek MGT315. Keputusan menunjukkan minat terhadap keusahawanan bagi sebahagian pelajar telah sedia wujud dan diperkuatkan lagi selepas acara ini berlangsung. Hasil dapatan menunjukkan acara Business Day ini berupaya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengubah persepsi mereka sebagai pilihan kerjaya pada masa akan datang.